Recent Posts

July 20, 2009

<> Isra' Mi'Raj <> Perjalanan Menuju Perubahan


-Sacred Journey of Prophet Muhammad S.A.W-


Esok, bertarikh pada 20 Julai 2009 bersamaan 27 Rejab 620 Hijrah adalah peristiwa bersejarah bagi seluruh umat Islam atas peristiwa Rasulullah naik ke langit Sidratul Muntaha untuk bertemu dgn Allah S.W.T dgn menaiki Buraq. Peristiwa t'sebut berlaku apabila Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah S.W.T. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah S.W.T apa yang hendak diwahyukan oleh-Nya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama. Sekembalinya Nabi S.A.W ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad S.A.W pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula pada malam yang sama. Para Sahabat R.A yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motivasi penuh untuk menyelamatkan mereka di dunia lagi, sebelum mereka menempuh Alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah S.W.T di Sidratul Muntaha.

utk definisi yg lebih lanjut, boleh cari sendiri. Wallahua'lam.


Perkongsian daripada servant-concealedheart.blogspot<>dipetik dari inijalanku. wordpress

Related Posts with Thumbnails