Recent Posts

May 16, 2009

Jalinan Ikatan Ukhuwwah....


-aku(berdiri) di tengah-tengah (jersey kelabu hitam)-

Pd hari Ahad lalu bertarikh pd 3 MEI 2009 bertempat di Sek 7, Shah Alam, telah diadakan program riadah bola sepak
.
Program ini yang telah disertai ikhwah dari pihak ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), Pembina (Persatuan Belia Islam Nasional) dan KRIM (Kelab Remaja ISMA) adalah amat menggalakkan.Untuk pengetahuan pembaca,program riadah merupakan antara program mingguan yang diadakan oleh pihak ISMA,PEMBINA serta KRIM bertujuan untuk mengeratkan ahli serta merapatkan lagi ukhuwah dengan masyarakat setempat.Dalam program riadah ini juga,sedikit santapan rohani juga dibekalkan kepada peserta agar sentiasa terisi hati-hati ini dikala apa jua masa sekalipun termasuk ketika beriadah ataupun sebagainya.

Dalam pada masa yang sama,program riadah ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal kerana dek kesibukan pekerjaan serta pembelajaran persekolahan.Ini kerana kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Selain dari permainan dan sukan,solat,puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting


maka Rasulullah Saw bersabda yang ertinya:

'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

warming up

menguyah sedikit santapan daripada Ust Sulaiman

May 2, 2009

Bila Dibolehkan Mengumpat??


Soalan :
Seringkali kita diperdengarkan tentang haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar ghibah adalah haram untuk semua keadaan?
Jawapan :
Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.

Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan dalam dalil-dalil di bawah. Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu

Kedua, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn), sebagaimana yang akan diceritakan di dalam hadits dari Hindun seperti di bawah nanti.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma’ kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu. Contoh lainnya adalah meminta pandangan atau pendapat (musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan. Maka wajib bagi orang yang dimintai pendapat itu untuk tidak menyembunyikan maklumat berkenaan orang yang ingin diketahui. Bahkan ia mesti menyebutkan sikap-sikap buruknya yang memang diniatkan untuk melakukan nasihat. Contoh lainnya lagi adalah jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya. Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Hal ini merangkumi situasi di mana seseorang itu memiliki kekuasaan dan dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Terdapat kemungkinan yang berlaku iaitu dia memang tidak layak atau fasiq mahupun lalai, atau yang sejenis dengannya. Maka, adalah wajib hal itu dilaporkan kepada orang atasan yang memiliki kekuasaan yang lebih tinggi daripadanya agar kelalaian itu dapat diatasi atau digantikan dengan orang yang lebih berkebolehan. Orang atasan tersebut mestilah mengambil pendekatan yang sesuai dengan keadaan orang yang lalai tersebut tanpa berlengah dan sepatutnya berusaha menasihati si pelaku kesalahan itu agar istiqamah ataupun menggantikannya dengan orang lain yang lebih amanah.

Kelima, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Keenam, panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

Inilah enam sebab yang disebutkan oleh para ulama dan disepakati oleh sebahagian besar mereka. Berikut adalah di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan mengumpat/ghibah di dalam keadaan seperti di nyatakan di atas adalah di bolehkan:
عن عائشة رضي الله عنها أن رجلا استأذن على النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ “ائذنوا له، بئس أخو العشيرة‏؟‏ ‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

Dari Aisyah radhiallahu anha bahwa seseorang meminta izin pada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau berkata: izinkanlah ia, seburuk-buruk saudara suatu kabilah. [Muttafaq Alaih]
Al Bukhari berhujjah dengan hadis ini mengenai kebolehan berghibah terhadap ahlul fasad (pembuat kerosakan) dan ahlu ar rayb (menciptakan keraguan).
وعنها قالت‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏”‏ما أظن فلانًا وفلانًا يعرفان من ديننا شيئًا‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏ قال الليث بن سعد أحد رواة هذا الحديث‏:‏ هذان الرجلان كانا من المنافقين

Dan masih dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, aku melihat si fulan dan si fulan tidaklah mengetahui sedikitpun dari perkara agama kami. [HR al Bukhari]. Al Layts ibn Sa’ad—salah seorang perawi hadits ini—berkata: kedua orang yang disebut di sini adalah orang munafiq.
وعن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت‏:‏ أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت‏:‏ إن أبا الجهم ومعاوية خطباني‏؟‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏”‏أما معاوية،
فصعلوك لا مال له ، وأما أبوالجهم، فلا يضع العصا عن عاتقه‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Fathimah binti Qays radhiallahu anha, ia berkata: aku mendatangi Nabi Sallallahu Alaihi wa sallam lalu aku berkata, sesungguhnya Abul Jahm dan Mu’awiyah telah mengkhitbahku. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata, adapun Mu’awiyah adalah orang fakir, ia tidak mempunyai harta. Adapun Abul Jahm, ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. [Muttafaq alaih]

Dan dalam riwayat Muslim, haditsnya berbunyi:

”‏وأما أبو الجهم فضراب للنساء‏”
Adapun Abul Jahm ia suka memukul wanita.

Ini merupakan penjelasan dari riwayat sebelumnya yang mengatakan ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. Juga dikatakan bahwa makna ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya adalah katsiirul asfaar, yakni banyak bepergian atau merantau.
وعن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال‏:‏ خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر أصاب الناس فيه شدة، فقال عبد الله بن أبي‏:‏ لا تنفقوا على من عند رسول الله حتى ينفضوا وقال‏:‏ لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخبرته بذلك، فأرسل إلى عبد الله بن أبي ، فاجتهد يمينه‏:‏ ما فعل، فقالوا‏:‏ كذب زيد رسول الله صلى الله عليه وسلم فوقع في نفسي مما قالوا شدة حتى أنزل الله تعالى تصديقي ‏{‏إذا جاءك المنافقون‏}‏ ثم دعاهم النبي صلى الله عليه وسلم، ليستغفر لهم فلووا رءوسهم‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

Dari Zaid bin Arqam radhiallahu anhu, ia berkata: "kami pernah keluar bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam sebuah perjalanan di mana orang-orang ditimpa kesusahan. Lalu Abdullah bin Ubay berkata, jangan engkau memberi infaq kepada orang-orang yang bersama Rasulullah supaya mereka bersurai meninggalkan Rasulullah.. Lalu ia berkata lagi, “sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana”. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam, lalu aku menceritakan hal tadi, maka beliau mengutus kepada Abdullah bin Ubay, namun ia bersumpah bahwa ia tidak melakukannya. Lalu orang-orang mengatakan¸ “Zaid telah membohongi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam”. Lalu beliau(Sallallahu alaihi wa Sallam) mencelaku dengan keras atas apa yang orang-orang katakan hingga Allah Subhanahu wa Taala menurunkan apa yang dapat membenarkanku “apa bila datang orang-orang munafiq” (TMQ Al Munaafiquun:1). Kemudian Nabi SAW memanggil mereka untuk memintakan ampun bagi mereka, tapi mereka memalingkan wajah mereka." [Muttafaq alaih]
وعن عائشة رضي الله عنها قالت‏:‏ قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه، وهو لا يعلم‏؟‏ قال‏:‏ ‏”‏خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

Dari Aisyah radhiallahu anha, ia berkata: Hindun isteri Abu Sufyan berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang laki-laki yang pelik, ia tidak memberikan kepadaku apa yang mencukupi aku dan anakku kecuali apa yang aku ambil secara diam-diam tanpa pengetahuannya”. Lalu Nabi Sallahu Alaihi wa Sallam berkata “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma’ruf)” [Muttafaq Alaih]

Take this post as a reminder to everyone to be cautious of ur words...
Assalamualaikum

Menjadi Yusuf Islam Tatkala Di Puncak Populariti








Saturday, 02 May 2009 05:56

Populariti dan kekayaan tidak menjamin seseorang hidup bahagia. Cat Steven, bintang pop era tahun '70-an, yang kemudian dikenali dengan nama Yusuf Islam, justeru merasakan kegelisahan hidupnya ketika sedang berada di puncak populariti dimana ia hidup bergelimang harta. Kegelisahan yang mendorongnya untuk menyusuri jalan panjang mencari Tuhan hingga dia menemukan cahaya Islam dan akhirnya menjadi juru dakwah lewat kegiatan muziknya dan aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial.

Bintang Pop

Sejak kecil lagi, Yusuf Islam sudah akrab dengan panggung-panggung hiburan kerana bisnes keluarganya bergerak dalam bidang itu. Dia terbiasa hidup dalam kemewahan kalangan sosial kelas tinggi di Inggris. Sebagai penganut ajaran Kristian, keluarganya mengajarkan Yusuf bahwa Tuhan itu ada, tapi manusia tidak bisa melakukan perhubungan langsung dengan Tuhan. Umat Kristiani meyakini Isa sebagai perantara antara manusia dengan Tuhan.

"Saya menerima ajaran itu, tapi saya tidak menelannya mentah-mentah," kata Yusuf.

"Saya melihat patung-patung Isa, mereka cuma benda mati tanpa nyawa. Saya tambah bingung ketika mereka mengatakan Tuhan ada tiga. Tapi saya tidak mendebat pernyataan itu. Saya menerimanya, kerana saya harus menghormati kepercayaan orang-orang tua saya," sambungnya.

Sedang umurnya meningkat remaja, Beliau mula bergelumang dengan muzik sehinggakan beliau mulai melupakan kebingungannya terhadap ajaran agamanya kerana beliau sendiri mulai jauh dari kekristianan. Impiannya saat itu hanyalah menjadi bintang musik pop. Apa yang ia lihat dan ia baca di media massa sangat mempengaruhi pemikirannya untuk menjadi seorang 'pop star'. Yusuf punya bapa saudara yang punya kereta mewah dan mahal. Ketika itu Yusuf berpikir, bapa saudaranya punya kereta mewah kerana punya banyak wang.

"Banyak orang di sekeliling saya memberi pengaruh pada pemikiran saya bahawa wang dan dunia adalah Tuhan mereka. Sehingga saya memutuskan bahawa itulah hidup saya. Banyak wang dan hidup luxurious," tutur Yusuf.

Meski demikian, Yusuf mengaku saat itu masih ada sisi kemanusiaan jauh di dalam hatinya, keinginan untuk membantu sesama manusia jika beliau jadi orang kaya kelak.

Yusuf pun membangun kerjayanya sebagai ahli muzik dan penyanyi. Dalam usia mudanya, Yusuf sudah mencapat kesuksesan dalam kerjayanya dan keinginannya menjadi seorang 'bintang besar' tercapai. Nama dan foto-fotonya muncul di hampir seluruh media massa. Yusuf mula bergelumang dlm kenikmatan duniawi, tapi beliau masih tak puas dgn gaya hidupnya, beliau ingin kehidupan yang lebih menyeronokkan dari apa yang ia miliki. Akibatnya, Yusuf terjerumus ke jalan yang salah. Ia memilih narkoba dan minuman keras untuk mencari kehidupan yang ia inginkan itu.

Mencari Kebenaran

Setahun berlalu selepas Yusuf mengenyam kesuksesan dalam karir dan finansialnya, beliau menghidap tubercolusis akibat gaya hidup dan kebiasaannya bertemankan minuman keras dan narkoba. Beliau sakit parah dan harus dirawat di rumah sakit. Saat itu Yusuf pun berfikir, 'mengapa saya di sini, terlentang di tempat tidur tak terdaya?, 'apa yang terjadi pada saya? Sekujur tubuh tanpa daya dan kekuatan? Adakah tujuan hidup saya semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu tubuh ini?. Dan bayak lagi pertanyaan-pertanyaan yg mengganggu fikirannya dan ia mencuba mencari jawapannya.

Kerana pada masa itu ramai di kalangan masyarakat Barat sedang giat mempelajari hal-hal yang berbau mistik dari Timur, Yusuf pun ikut mempelajarinya. Beliau mulai sedar akan kematian yg tak terbau kedatangannya. Beliau mulai melakukan meditasi dan menjadi vegetarian. Akan tetapi, tujuan kehidupannya di dunia ini masih lagi mengganggu fikirannya.

Sebagai bintang pop, namanya terus merangkak ke tangga populariti. Kekayaan terus mengalir, tapi ketika itu Yusuf mulai mencari kebenaran. Ia pun belajar agama Budha, namun di satu sisi, Yusuf belum berani meninggalkan kehidupan glamournya, meninggalkan kenikmatan dunia dan hidup seperti layaknya pendeta Budha, menjauhkan diri dari masyarakat.

Selanjutnya, Yusuf juga mempelajari Zen dan Ching, numerologi, kitab taurat dan astrologi, balik lagi mempelajari alkitab, tapi Yusuf tidak menemukan apa yang dicarinya, kebenaran yang hakiki. Sampai kemudian apa yang disebutnya mukjizat itu datang.

"Saudara lelaki saya baru saja kembali dari kunjungannya ke Jerusalem dan disana ia mengunjungi sebuah masjid. Saudara saya itu sangat terkesan melihat masjid yang ramai dikunjungi orang, seperti wujudnya suatu denyutan kehidupan, terasa atmosfera ketenangan dan kedamaiannya. Berbeza rasanya ketika ia mengunjungi gereja dan sinagog yang sepi," kata Yusuf.

Ketika kembali ke London, saudara lelakinya itu memberikan Al-Quran kepada Yusuf Islam. "Dia tidak masuk Islam, tapi ia merasakan sesuatu yg benar tentang agama ini yakni Islam dan dia meyakini bahawa saya juga akan merasakan hal yang sama. Saya menerima Al-Quran pemberian saudara saya itu dan membacanya. Saat itulah saya merasakan bahwa saya telah menemukan agama yang benar, agama yang tidak seperti pandangan masyarakat Barat selama ini bahwa agama hanya untuk orang-orang tua," jelas Yusuf.

Beliau melanjutkan,"Di Barat, jika ada orang yang ingin memeluk satu agama dan menjadikannya sebagai cara hidupnya, maka orang yang bersangkutan itu akan dianggap fanatik. Tapi setelah membaca Al-Quran yg pd awalnya saya bingung tentang tubuh dan jiwa, akhirnya menyedari bahawa keduanya adalah bahagian yang tak terpisah, Anda tidak perlu pergi ke gunung untuk menjadi religious."

Saat itu, satu-satunya yang diinginkan Yusuf Islam adalah menjadi seorang Muslim. Dari Al- Quran ia tahu bahawa para rasul dan nabi diutus Allah swt untuk menyampaikan pesan yang sama. "Mengapa kemudian Yahudi dan Kristian berbeza? Kaum Yahudi tidak mahu menerima Yesus sebagai Mesiah dan mereka mengubah perintah-perintah Tuhan. Sementara Kristian salah memahami perintah-perintah Tuhan dan menyebut Isa sebagai anak Tuhan. Tapi dalam Al-Quran saya menemukan keindahan, Al-Quran melarang penyembahan matahari atau bulan tapi memerintahkan umat manusia untuk mempelajari dan merenungi semua ciptaan Allah swt ," papar Yusuf Islam.

"Ketika saya membaca Al-Quran lebih jauh lagi, AL-Quran membicara dan menjelaskan soal salat, sedekah perbuatan baik dan lain2 lg. Saya belum menjadi seorang Muslim saat itu, tapi saya merasa Al-Quran adalah jawapan buat saya selama ini dan Allah swt telah menjadikannya pd saya suatu petunjuk yg blh digelar sbg 'savior'," sambung Yusuf Islam.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Yusuf Islam kemudian memutuskan untuk berkunjung ke Jerusalem. Di kota suci itu, ia datang ke masjid dan duduk di sana. "Seseorang bertanya, apa yang ia inginkan, saya menjawab bahawa saya seorang Muslim. Orang itu bertanya lagi, siapa nama saya. Saya jawab 'Steven'. Orang itu nampak kebingungan. Saya ikut solat berjamaah, meskipun pd masa itu solat saya tidak begitu sempurna," kisah Yusuf menceritakan pengalamannya di sebuah masjid di Jerusalem.

Kembali ke London, Yusuf menemui seorang muslimah bernama Nafisa dan mengatakan bahawa ia ingin masuk Islam. Nafisa kemudian mengajak Yusuf ke Masjid New Regent. Ketika itu tahun 1977, satu setengah tahun sesudah ia mulai membaca Al-Quran yang diberikan saudara lelakinya. Setelah menunai solat Jumaat, Yusuf menemui imam masjid dan mengucapkan dua kalimht syahadah. Saat itu, bergelarnya beliau seorang Muslim. Nama Cat Steven ditukar menjadi Yusuf Islam.

"Akhirnya, saya tahu bahwa saya boleh melakukan perbicaraan secara langsung dengan Tuhan, tidak seperti dalam agama Hindu dan Kristian yang harus melalui perantara. Dalam Islam, semua penghalang itu tidak ada . Satu-satunya yang membezakan orang yang bertakwa dan tidak bertakwa adalah solatnya, solat adalah proses penyucian diri dlm mencegah kemungkaran," papar Yusuf Islam.

"Akhirnya, saya ingin mengatakan bahawa apa yang saya lakukan saat ini adalah untuk Allah swt semata. Saya berharap Anda mendapatkan inspirasi dari pengalaman saya ini. Satu yang ingin saya katakan, saya tidak pernah sekalipun berinteraksi dengan seorang Muslim pun sebelum saya masuk Islam. Saya lebih dulu membaca Al-Quran dan menyadari bahwa tiada seorang pun sempurna. Tapi Islam adalah agama yang sempurna dan jika kita mengikuti apa yang ditinggalan Rasulullah Muhammad saw iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kita akan selamat dari akhirat. Semoga Allah swt senantiasa membimbing umat Rasulullah Muhammad saw ke jalan yang lurus. Amiin," kata Yusuf Islam menutup pembicaraan.

para pembaca...ambillah yg baik sebagai langkah permulaan dan yg mungkar sbg pengajaran dan peringatan dlm kehidupan seharian...wallahualam..Assalamualaikum.

taken from www.dakwah.info
Related Posts with Thumbnails